Resepi Patty Daging Lembu (Homemade Beef Patty)

Bahan-bahan :

  • Daging lembu kisar (+/-300g)
  • Bawang kecil (1 biji)
  • Bawang putih (2 biji)
  • Serbuk lada hitam 
  • Mixed herbs/Italian Herbs (1 sudu kecil)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Serbuk cili (1 sudu)
  • Daun Parsley kering (dried parsley)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Minyak zaitun

Cara-cara membuat Patty Daging Lembu :

  1. Kisar halus daging kisar, bawang kecil, bawang putih sehingga lumat.
  2. Gaul sebati daging kisar tadi bersama dengan kuning telur, serbuk cili, serbuk lada hitam, daun parsley kering, mixed herbs/italian herbs dan garam.
  3. Basahkan tangan, jadikan adunan daging tersebut kepada kepalan daging patty dan leperkan.
  4. Simpang semalaman dalam peti beku (untuk elakkan daging berkecai semasa dipanggang)
  5. Panggang di atas nonstick-pan dengan sedikit minyak zaitun.
  6. Enak dimakan bersama keju potong.

Comments