Resepi Telur Kukus Korea (Korean Steamed Egg)

Bahan-bahan :

  • Ikan bilis (10 ekor)
  • Telur (2 biji)
  • Cendawan (1 biji)
  • Cili
  • Rumpai laut kering
  • Daun bawang
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah

Cara-cara membuat Telur Kukus Korea :

  1. Hiris halus cendawan.
  2. Potong daun bawang kecil-kecil.
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau rata.
  4. Rebus ikan bilis, cendawan, cili, daun bawang, garam, lada hitam dan lada suluh ke dalam claypot (pastikan api sederhana dan air separuh claypot).
  5. Tunggu sehingga mendidih dan tuang telur ke dalam calypot. Kacau secara rata dan laju.
  6. Tutup claypot dan perlahankan api.
  7. Selepas 4 minit tutup api.
  8. Tabur bawang dan cili.

Comments