Fasa 1 (Induksi)

Penerangan Tentang Fasa 1 Induksi
Apakah Fungsi Induksi Ni?
Fasa 1 ini menekankan anda untuk menghadkan pengambilan karbohidrat (karbo) serendah-rendahnya sehingga 20gm sehari, dan menukar makanan berkarbo tinggi yang biasa diambil, kepada makanan yang tinggi protein.
Tujuan had secara drastik ini bukanlah untuk menyusahkan hidup anda kerana karbo diambil tidak lebih daripada untuk membantu tubuh anda untuk beralih ke lemak yang tersimpan (yang dah bergelumang bertahun-tahun dalam perut tu) sebagai sumber tenaga dan bukan glukosa seperti biasa.

Dengan had 20gm ini, simpanan glukosa (dari sumber karbo yang banyak selama ini) akan habis dalam masa  lebih kurang2 hari – justeru, tubuh kita perlu mencari alternatif lain daripada lemak (dan bukan otot) untuk dijadikan sebagai sumber tenaga.
Suka saya tekankan di sini; kalau anda 'crash diet' (berlapar tanpa mengambil sebarang makanan selama beberapa hari) tubuh anda akan mengambil LEMAK DAN OTOT sebagai sumber tenaga. Ya, anda akan kurus, tapi badan anda akan lembik dengan kulit yang menggelebeh.

Tujuan Induksi Direka Untuk Anda
·        Memberikan tubuh anda signal untuk membakar lemak SAHAJA sebagai tenaga
·        Menstabilkan gula dalam darah, disamping melindungi tubuh anda dari gejala-gejala kekurangan gula dalam darah/yang berbolak balik dengan laju
·        Kurangkan keinginan untuk makan/minum benda-benda manis

Berapa Lama Tempoh Induksi?
Tempoh yang dicadangkan adalah selama 2 minggu untuk tubuh mula mengalami ketosis dan membakar lemak.
Namun begitu ia bergantung juga kepada jumlah kilo yang anda nak buang dan kadar metabolisme badan. Kalau perlahan dan anda merasakan banyak lagi kilogram yang nak perlu dibuang, lebih baik tempoh induksi itu diapnjangkan (ada yang buat sampai sebulan!) untuk mempercepatkan proses kurus itu. 
Induksi juga boleh diteruskan jika tubuh anda masih belum serasi dengan 'pattern' pemakanan Atkins yang aneh ni, serta jika keinginan terhadap makanan manis belum hilang. Di mana, kebiasaanya disebabkan oleh kekurangan zat sini, zat sinun (contohnya kromium) yang memerlukan anda mengambil sumber tambahan untuk melawan kesan-kesan tersebut.
Bagi yang mengalami tahap kesihatan seperti tahap tekanan darah/gula dalam darah masih tinggi, boleh juga diteruskan proses Induksi sehingga ada penurunan yang mengalakkan.

Tapi jangan lebih 6 bulan tau kerana ditakuti tubuh kekurangan nutrisi.
Selepas anda berpuas hati dengan jumlah berat anda, anda boleh beralih ke fasa 2, di mana anda boleh menambahkan jumlah karbo sebanyak 5gm seminggu secara berperingkat, sehingga anda detect pertambahan berat badan.
Jika karbo xx(gm) ni yang buat anda naik berat badan,  patah balik 5gm seperti minggu sebelum.
Kunci dalam Atkins adalah mencari had toleransi kabohidrat – jumlah karbo yang boleh anda ambil sampai berat anda tak naik dan setiap orang berbeza mengikut keperluan.
Ada Syarat Lagi Dalam Induksi?
  • pastikan anda mengambil air yang cukup (1 liter untuk setiap 25 kg berat semasa anda) supaya lemak dan toksin yang bergumpal boleh dibuang jauh-jauh.
  • makan bila anda lapar. 3x minimum dan jangan poteng makan/berlapar.
  • anda berkemungkinan tinggi untuk kena sembelit jadi pastikan karbo yang anda ambil dari sayur. Kalau tak suka makan sayur, ambil supplemen yang mempunyai fiber tinggi seperti psyllium husk atau alfalfa.
  • adalah dicadangkan untuk mengurangkan ‘rasa terseksa’ ketika induksi, ambil multivitamin yang cukup dan mudah diserap untuk kesan segera.
  • jangan menipu. 
Apa Yang Boleh Saya Makan Masa Fasa Induksi?
Percaya tidak, kalau saya katakan dalam Atkins anda boleh makan banyak namun masih boleh kurus? Kuncinya adalah untuk ikut dan ambil makanan yang boleh dan jauhi yang tidak dalam Atkins.
Jika tidak, anda dikira ‘cheat’ lantas proses ketosis akan rosak dan seterusnya anda perlu tunggu 3 hari sebelum boleh mula balik.
Kalau tak larat, mungkin pengambilan makanan tambahan akan membantu untuk melawan rasa ‘terseksa’ ketika ketosis – seperti yang direkomen oleh Dr.Atkins sendiri.

Comments