Ketosis & Atkin


Ramai ahli dari kumpulan saya banyak bertanya soalan yang lebih kurang sama ; macam mana nak tahu bila kita dah masuk ketosis? Keliru juga mereka sebenarnya, malah menganggap ketosis itu hanya berlaku ketika di Fasa 1 (Induksi) sahaja. Jawapannya, TIDAK. Terdapat banyak tandan lain dan proses ketosis ini berlaku di dalam keempat-empat Fasa dalam Diet Atkins
Bagaimana nak tahu saya sudah capai Ketosis?
Cara termudah : beli ketosis strip yang dijual di kebanyakkan famasi. Perhatikan tanda-tanda ni untuk tahu jika and sudah mencapai tahap ketosis atau belum. Ini kerana, setiap orang mempunyai tahap-tahap berbeza dalam mencapai ketosis.
Tanda-tanda kita mengalami Ketosis
  • mulut kering dan berbau.
  • pening kepala & lesu (tanda tubuh anda mula nak berubah ke ketosis JUGA mungkin tanda anda kekurangan kromium)
  • kencing warna gelap, kalau tidak cukup air.
  • sembelit kerana kekurangan fiber (kena ambil sayur lagi atau makan sumber fiber padat seperti psyllium husk, teh o’ pekat, atau alfalfa)
  • jerawat, bisul, ruam mula timbul (terhasil daripada toksin/bahan kotor yang berada di dalam lemak badan)


Cara untuk elak Ketosis
Nak kurangkan atau elak terus pun boleh. Malah cara ini akan membantu kita untuk lebih konsisten ketika berdiet Atkins – pengambilan nutrisi yang cukup (bersama karbo berlimit) daripada makanan adalah caranya untuk kurangkan, atau jika bernasib baik untuk mengelak terus daripada terseksa dengan ketosis ini.
Khusus untuk ibu yang masih menyusu dan mahu kurus dengan selamat pada masa yang sama, apabila mahu berdiet Atkins, anda perlu bermula dengan fasa 4 dan bukan 1 seperti yang biasa dikongsikan, kerana ketosis yang terhasil sewaktu fasa 1 sangat membebankan sehingga memberi kesan kepada anak yang masih menyusu.

Comments