Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 Diet Atkins


Selepas anda berpuas hati dengan penurunan berat badan dan tubuh pun telah stabil dengan proses ketosis, maka dengan itu, anda boleh beralih ke fasa seterusnya dengan senang hati (yeay!).
Tidak seperti Fasa 1 yang agak ‘strict’, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 ini agak mudah kerana di fasa-fasa ini anda boleh mula meningkatkan had karbo yang diambil, sehinggalah ke tahap di mana anda boleh makan nasi iaitu di Fasa 4.



Asas pembahagian makanan dalam Atkins

Fasa 2, 3, dan 4 dalam Diet Atkins

Fasa 2 – Penurunan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss; OWL) Dalam Atkins

Fasa ini adalah tempoh anda dah boleh membakar lemak sebagai sumber tenaga dengan baik (hasil dari proses ketosis dari fasa 1). Ketika ini anda boleh menambah had karbo makanan pada kadar 25gm, dengan pertambahan 5gm beransur-ansur setiap minggu.
Tempoh OWL ini adalah sehingga anda mencapai 3-5 kg target berat ideal anda.

Fasa 3 – Pre-Maintenance Dalam Atkins

Fasa ini adalah ketika anda dah hampir ke target berat badan anda.
Masa ini anda sudah boleh menambah had karbo kepada 10gm seminggu dan buat test/cuba-jaya sehingga anda jumpa Atkins ‘Karbohidrat Equilibrium (ACE) – had karbo yang anda boleh makan asalkan berat anda tak naik.


Fasa 4 – Lifetime Maintenance Dalam Atkins

Fasa ini adalah apa yang anda akan makan dan amalkan sampai bila-bila.
Ketika ini anda sudah mencapai berat badan ideal anda dan anda juga mendapat kesihatan yang baik dan tenaga yang optimum. Teruskan apa yang anda biasa amalkan dalam Fasa 1 sehingga Fasa 3 untuk mengekalkan berat badan yang ideal.
Kalau anda sudah tidak sabra-sabar unutk cepat kurus dengan Diet Atkins, pengambilan makanan tambahan akan membantu anda untuk konsisten dan kurus, cuma dengan kadar yang lebih cepat, seperti yang dicadangkan oleh Dr.Atkins sendiri.


Comments